Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Perkenal GPU AI Paling Berkuasa, Blackwell B200

Nvidia Perkenal GPU AI Paling Berkuasa, Blackwell B200

Diterbitkan Mac 20, 2024 · Dikemas kini Mac 20, 2024 oleh Amalina Athman

Semasa GPU Technology Conference (GTC 2024), Nvidia telah mengumumkan GPU AI paling berkuasa, iaitu Blackwell B200. Ia adalah pengganti kepada H100/H200 dan menawarkan peningkatan besar dalam prestasi dan kecekapan.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Nvidia Dan Shutterstock Melancarkan Perkhidmatan Teks ke 3D Dengan Edify Baharu

GPU B200 dibangunkan dengan proses 4nm TSMC, dan mampu menghasilkan 20 petaflops FP4 dengan 208 bilion transistor, berbanding 80 bilion pada H100/H200.

Nvidia Perkenal GPU AI Paling Berkuasa, Blackwell B200

Selain itu, ia juga mempunyai 30x prestasi lebih baik daripada H100 dalam kerja inferens LLM, serta 25x lebih cekap tenaga. Dalam penanda aras GPT-3 LLM, GB200 adalah tujuh kali lebih pantas berbanding H100.

Dengan B200, Nvidia memperkenalkan generasi kelima NVLink. Bagi meningkatkan kecekapan, NVLink baharu dilengkapi pemprosesan bandwidth dwiarah 1.8TB/s setiap GPU, dan boleh mengendalikan sehingga 576 GPU untuk LLM paling kompleks.

Nvidia Perkenal GPU AI Paling Berkuasa, Blackwell B200
NVIDIA Grace Blackwell GB200

Selain B200, Nvidia turut mengumumkan cip super Grace Blackwell GB200, yang mana akan mengekalkan seni bina CPU Grace tetapi memasangkannya dengan GPU Blackwell yang dikemas kini.

Produk berasaskan Blackwell akan tersedia bermula lewat tahun ini. Sementara AWS, Google Cloud, Microsoft Azure dan Oracle Cloud Infrastructure akan menjadi antara penyedia perkhidmatan awan pertama yang mengintegrasikan produk tersebut.

Sumber: NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY