Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Dan Shutterstock Melancarkan Perkhidmatan Teks ke 3D Dengan Edify Baharu

Nvidia Dan Shutterstock Melancarkan Perkhidmatan Teks ke 3D Dengan Edify Baharu

Diterbitkan Mac 19, 2024 oleh ariff bukhari

Nvidia dan Shutterstock melancarkan perkhidmatan teks-ke-3D di mana ia berdasarkan versi baharu Nvidia Edify, seni bina multimodal untuk AI generatif visual.

Ciri baharu 3D di Shutterstock termasuklah penjanaan aset 3D dan lebih kawalan ke atas penjanaan imej 2D. Perkhidmatan teks-ke-3D baharu kini tersedia melalui API sebagai sebahagian daripada program akses awal.

Di acara GTC 2024 NVIDIA yang berlangsung hari ini, Shutterstock juga akan menunjukkan kerjasama dengan model cetakan HP ke 3D yang dibuat dengan Edify 3D.

Prototaip akan menunjukkan bagaimana gabungan kaedah ini membuka kemungkinan baharu untuk pereka bentuk untuk mencipta prototaip.

Nvidia Dan Shutterstock Melancarkan Perkhidmatan Teks ke 3D Dengan Edify Baharu
Aset yang dibuat menggunakan penjana AI 3D Shutterstock, dipaparkan dan disusun sebagai imej susun rata.

Penjana AI 3D Shutterstock membolehkan pereka bentuk mengulang konsep dengan pantas, mencipta aset digital yang HP boleh tukarkannya kepada model boleh cetak 3D melalui aliran kerja automatik.

Pencetak HP 3D kemudiannya akan menukar model ini menjadi prototaip fizikal untuk membantu memberi inspirasi kepada reka bentuk produk.

Dengan menggunakan alatan tersebut, profesional kreatif akan dapat mencipta aset dengan pantas daripada gesaan (prompt) teks atau imej rujukan dan memilih daripada pilihan format 3D yang popular untuk mengeksport fail mereka.

Penjanaan aset 3D ini adalah antara keupayaan terkini yang ditawarkan oleh Edify kepada pembangun dan penyedia kandungan visual, yang juga akan dapat menggunakan kawalan yang lebih kreatif ke atas penjanaan imej AI.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY