Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Lesenkan Teknologi Inferens Groq

Nvidia Lesenkan Teknologi Inferens Groq

Diterbitkan Disember 26, 2025 · Dikemas kini Disember 26, 2025 oleh Amalina Athman

Groq mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian lesen bukan eksklusif dengan Nvidia bagi teknologi inferens. Perjanjian ini membolehkan Nvidia mengakses teknologi berprestasi tinggi pada kos rendah.

Groq mempunyai kepakaran dalam teknologi inferens, di mana model kecerdasan buatan (AI) yang telah dilatih akan memberi respons kepada permintaan pengguna.

Walaupun Nvidia mendominasi pasaran untuk latihan model AI, syarikat itu menghadapi persaingan lebih sengit dalam bidang inferens daripada pesaing seperti Advanced Micro Devices (AMD) serta syarikat pemula lain termasuk Groq dan Cerebras Systems.

Butiran kewangan perjanjian ini tidak didedahkan. Namun, laporan CNBC menyebut Nvidia bersetuju untuk membeli aset Groq pada nilai AS$20 bilion secara tunai, tetapi kedua-dua pihak tidak mengulas lanjut mengenai laporan tersebut.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, pengasas Jonathan Ross, Presiden Sunny Madra, serta ahli lain dari pasukan Groq akan menyertai Nvidia untuk membantu memajukan dan mengembangkan teknologi berlesen ini.

Groq has entered into a non-exclusive licensing agreement with Nvidia for Groq’s inference technology.

GroqCloud will continue to operate without interruption.

Learn more here: https://t.co/yg4TeBpuqa

— Groq Inc (@GroqInc) December 24, 2025

Groq akan terus beroperasi sebagai syarikat bebas dengan Simon Edwards mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), manakala GroqCloud akan terus beroperasi tanpa sebarang gangguan.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Cip AI China Tidak Akan Dapat Kejar Nvidia Dalam Dekad Ini - Pakar
  • AS Benarkan Nvidia Jual Cip AI H200 Ke China
  • Saham Pembuat Cip AI China Melonjak, Cabar Dominasi Nvidia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY