Langkah berani ini diambil syarikat berkenaan dalam mengatasi masalah kekurangan produk itu dipasaran lantaran peningkatan aktiviti melombong wang kripto beberapa bulan lepas.

Difahamkan lagi, ketika ini kad grafik sering kehabisan stok dan harganya penjualannya juga dinaikkan berlipat kali ganda, lebih tinggi dari harga yang disyorkan oleh syarikat pengeluar.
Selain itu, untuk memastikan kad grafiknya dibeli oleh gamer, NVIDIA juga dilapor menjualnya secara terus melalui laman web mereka. Syarikat itu juga meminta penjual mengehadkan jumlah pembelian hanya dua unit bagi setiap pembeli.

"Bagi NVIDIA, gamer keutamaan kami. Semua aktiviti yang berkaitan dengan setiap produk GeForce, kami sasarkan kepada pelanggan utama kami. Untuk memastikan bahawa pemain GeForce terus mempunyai ketersediaan kad grafik GeForce yang baik dalam situasi semasa, kami mengesyorkan bahawa rakan dagangan kami membuat pengaturan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pemain seperti biasa."
NVIDIA juga menyatakan penjual mempunyai hak untuk mengikut atau tidak mengendahkan permintaan mereka itu, dan syarikat pengeluar tidak boleh menentukan cara peniaga menjalankan bisnes mereka.
Disebabkan itu, NVIDIA mencuba dengan cara menjual secara terus kepada gamer melalui laman web sendiri dalam memastikan keutamaan diberikan kepada gamer.
Sumber: Computer Base
Berkaitan
- NVIDIA Akan Tamatkan Sokongan Keatas Sistem 32-Bit Bermula 2018
- MSI Mula Tawarkan Komputer Riba Dipadukan Dengan Kad Grafik Nvidia GeForce RTX
- Asus ROG Mothership GZ700 Diperkenalkan, Dilengkapi Kad Grafik Nvidia GeForce RTX 2080
- Nvidia Tambah Metro Exodus Dalam Penawaran RTX Triple Threat Bagi Pembelian Kad Grafik RTX