Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Akan Tamatkan Sokongan Keatas Sistem 32-Bit Bermula 2018

NVIDIA Akan Tamatkan Sokongan Keatas Sistem 32-Bit Bermula 2018

Diterbitkan Disember 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Dilaporkan dengan kehadiran pemacu GeForce yang terbaru, ia menandakan NVIDIA bakal menamatkan sokongan untuk sistem operasi 32-bit.

Ia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan dimana syarikat terbabit bakal memfokuskan kepada sistem 64-bit yang kini telah banyak dioperasikan pada komputer di pasaran.

Sokongan terakhir pemacu (GeForce Driver 390 Series) akan dilancarkan pada Januari 2018 tidak akan mengandungi sebarang kemaskini peningkatan prestasi atau penambahan ciri kepada sistem.

NVIDIA turut menjanjikan kemaskini sekuriti bagi komputer Windows 32-bit sehingga Januari 2019 dan ia memberi sedikit masa kepada pengguna untuk beralih kepada sistem 64-bit yang lebih baik.

Hal ini bukan sahaja berlaku pada NVIDIA tetapi AMD juga telah melakukan perkara yang sama.

NVIDIA Akan Tamatkan Sokongan Keatas Sistem 32-Bit Bermula 2018
Carta kaji selidik perkakasan Steam yang terkini memperlihatkan hanya 2% komputer masih menggunakan sistem 32-bit manakala selebihnya sudah beralih kepada 64-bit.

Sumber: WCCFTech

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY