Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nubia focus 2 5G

nubia Focus 2 5G Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM999

Diterbitkan Mac 17, 2025 · Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh Amsyar Latif

ZTE nubia telah melancarkan nubia Focus 2 5G di Malaysia, sebuah telefon pintar yang menampilkan kamera utama 108MP AI dan reka bentuk Boundary Breaker Design yang unik.

Dikuasakan oleh Neovision AI Photography System, telefon ini menawarkan prestasi pengimejan yang baik, termasuk kamera hadapan 16MP, teknologi EIS Video Anti-Shake, dan ciri Multi-Camera Simultaneous Recording untuk pengalaman fotografi dan videografi profesional.

nubia focus 2 5G
nubia focus 2 5G

Dari segi prestasi, nubia Focus 2 5G hadir dengan 20GB (8GB+12GB) Dynamic RAM, 256GB storan dalaman, dan skrin 6.7-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz, memberikan pengalaman penggunaan yang lancar. Bateri dibekalkan 5000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

nubia focus 2 5G

Telefon ini ditawarkan dalam tiga warna — Aurora White, Obsidian Black, dan Cerulean Blue pada harga RM999.

Bersempena tempoh prapesanan (17-26 Mac), pembeli akan menerima hadiah menarik termasuk Black Shark GT3 Neo dan baucar RM100 untuk pembeli awal (menjadikannya RM899). Manakala untuk pembelian pada jualan pertama (first sale), pelanggan akan mendapat Focus 2 Gift Box secara eksklusif.

Beli di:

Shopee – https://invl.me/clml8bn

Berkaitan

  • Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899
  • nubia Music 2, Telefon Pintar Dengan Sistem Audio 2.1ch Pada Harga RM389
  • nubia V70 Max Kini Di Malaysia - Telefon Tahan Lasak, Bateri 6000mAh Berharga RM399
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY