Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Inilah Cara Betul Untuk Panjangkan Hayat Bateri Laptop Anda

Posted on Disember 16, 2025Disember 16, 2025

Ramai pengguna komputer riba masih tertanya-tanya sama ada lebih baik laptop mereka disambungkan dengan pengecas ketika menggunakannya atau bergantung sepenuhnya kepada bateri.

Pertanyaan ini adalah berkaitan dengan usaha menjaga kesihatan bateri agar hayatnya dapat dipanjangkan.

Jadi jawapan kepada persoalan itu adalah sesebuah laptop lebih baik disambungkan dengan pengecas ketika sedang digunakan berbanding bergantung pada bateri sepenuhnya.

Ini kerana, kitaran cas dan nyahcas adalah faktor utama yang mempercepatkan proses penuaan bateri.

Setiap kali bateri digunakan tanpa sambungan kuasa, ia akan melalui kitaran nyahcas dan kemudian dicas semula, yang akhirnya mengurangkan kesihatan bateri dari masa ke masa.

Sebaliknya, apabila laptop digunakan dalam keadaan sentiasa dipalamkan, bateri tidak perlu melalui kitaran tersebut dengan kerap.

Ini kerana, di dalam setiap komputer riba moden kini dilengkapi dengan cip khas yang memonitor tahap voltan, suhu dan arus kuasa ke bateri bagi memastikan keselamatan, memanjangkan hayat bateri serta prestasi peranti.

Teknologi ini pernah dijelaskan oleh Apple 16 tahun dahulu semasa memperkenalkan model pertama dan terbaru komputer riba Macbook Pro aluminium unibody pada 2009.

Malah, hasil kajian yang pernah dibuat oleh Battery University pada 2019 dahulu juga mendapati, bateri litium-ion, yang biasa digunakan dalam komputer riba, tidak akan rosak apabila peranti digunakan semasa sedang dicas.

“Adakah saya perlu mencabut komputer riba saya daripada bekalan kuasa apabila tidak digunakan?” Dalam keadaan biasa, ini tidak perlu kerana pengecasan akan berhenti apabila bateri Li-ion penuh. Caj tambahan hanya diberikan apabila voltan bateri turun ke tahap tertentu. Kebanyakan pengguna tidak menanggalkan kuasa AC, dan amalan ini adalah selamat.”

Jadi, walaupun sesekali menggunakan bateri adalah normal, amalan terbaik untuk mengekalkan kesihatan bateri adalah dengan memastikan laptop disambungkan kepada kuasa apabila digunakan dalam jangka masa panjang.

Kesimpulannya, penggunaan laptop secara terus dengan kuasa elektrik bukan sahaja lebih praktikal, malah ia adalah cara terbaik untuk memastikan bateri bertahan lebih lama dan tidak cepat rosak.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress