Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone (3a)

Nothing Phone (3a) Akan Ada Butang Baharu

Diterbitkan Februari 4, 2025 ยท Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini, Nothing mengesahkan peranti baharu mereka, iaitu siri Phone (3a) bakal dilancarkan pada 4 Mac 2025. Buat masa sekarang, belum ada maklumat penuh berkaitannya tetapi Nothing sudah mengacah beberapa perkara menarik pada peranti terbarunya nanti.

Telefon tersebut akan hadir dengan butang tambahan. Walaupun Nothing tidak memberitahu nama butang itu dan apa fungsi sebenarnya, namun ia boleh dianggap sebagai butang untuk melancarkan aplikasi kamera dan ‘shutter’ bagi mengambil gambar, mirip yang ada dalam siri iPhone 16 dan OPPO Find X8.

butang Nothing Phone (3a)

Dari segi spesifikasi, ia adalah peranti kelas pertengahan yang dijangka menampilkan cip Snapdragon 7s Gen 3, bateri 5000mAh dengan pengecasan 45W dan skrin 6.8 inci FHD+ AMOLED 120Hz.

Selain itu, dikhabarkan Phone (3a) akan memfokuskan kamera di mana ia mungkin hadir dengan tiga kamera, iaitu 50MP utama, 50MP 2x telefoto dan 8MP ultra lebar.

Berkaitan

  • Carl Pei: Nothing Phone (3) Akan Hadir 2025 Dengan Ciri AI
  • 'Snake Game' Boleh Dimainkan Dari Widget Telefon Nothing
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Pengguna Nothing Mula Terima Ciri 'Circle To Search', Ini Cara Aktifkannya

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY