Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Snake Game’ Boleh Dimainkan Dari Widget Telefon Nothing

‘Snake Game’ Boleh Dimainkan Dari Widget Telefon Nothing

Diterbitkan Disember 10, 2024 oleh Rushsyafizal

Nothing baru sahaja melancarkan widget ‘Snake Game’, sebuah widget interaktif yang membawa permainan klasik Snake terus ke skrin utama peranti Nothing.

Widget ini telah tersedia bermula 5 Disember 2024, jam 12.00 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan hasil kerjasama antara Pasukan Perisian Nothing dengan dua ahli komuniti berbakat, iaitu Rahul Janardhanan (@raonehere), yang dikenali dengan konsep widget kreatifnya, dan Thomas Legendre (@WaterFlashRZ), pembangun di sebalik projek seperti Ear (web) dan Simone Glyph Game.

‘Snake Game’ Boleh Dimainkan Dari Widget Telefon Nothing
‘Snake Game’ Boleh Dimainkan Dari Widget Telefon Nothing

Dengan panduan daripada pasukan Nothing, mereka berjaya mencipta widget yang menyeronokkan dan penuh nostalgia. Antara ciri menarik widget ini ialah kawalan menggunakan swipe untuk menggerakkan ular, kelajuan dinamik yang meningkat seiring permainan, dan fungsi pintar seperti ‘double tap’ untuk menjeda permainan serta paparan skor tertinggi apabila tidak digunakan.

Snake Game Widget adalah langkah awal Nothing untuk membangunkan lebih banyak widget hasil idea komuniti mereka. Widget ini eksklusif untuk peranti Nothing dan boleh dimuat turun dari nothing.community. Pengguna disarankan untuk memastikan peranti mereka menjalankan versi terkini Nothing OS dan Nothing Launcher bagi pengalaman yang optimum.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • FBI Beri Amaran Risiko Bermesej Antara iOS-Android Tanpa Ciri Penyulitan Hujung Ke Hujung
  • Google Kini Memperkenalkan Ciri Baharu Dalam Carian Web
  • Kejohanan Snapdragon Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Akan Tiba Di Johor Bahru
  • Cepat Sambar 2 Game Ini Berharga Hampir RM300 Dengan Percuma Untuk Masa Terhad

Sumber: Siaran media Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY