Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone (2a) Plus 31 July

Nothing Phone (2a) Plus Akan Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh Amalina Athman

Selepas melancarkan telefon pertama di bawah sub-jenama CMF by Nothing baru-baru ini, tumpuan kembali beralih kepada jenama utamanya. Nothing kini mengesahkan bahawa Phone (2a) Plus akan dilancarkan pada 31 Julai 2024, jam 5.00 petang MYT.

Buat masa ini, tiada butiran lain yang disertakan mahupun rekaan peranti. Namun, imej alur yang digunakan untuk mengumumkan tarikh pelancaran model baharu itu mengingatkan tentang gegelung pengecasan wayarles pada Nothing Phone (2).

Plus. More. Extra.

Get ready for Phone (2a) Plus on 31 July. pic.twitter.com/AP7JEy8D94

— Nothing (@nothing) July 18, 2024

Dari segi namanya – dengan “Plus” di belakang, berkemungkinan ia akan membawakan saiz yang lebih besar serta naik taraf dari segi spesifikasi berbanding Phone (2a).

Walaupun begitu, nantikan hujung bulan ini untuk pengesahan, dengan butiran lain dijangka akan didedahkan dari semasa ke semasa menjelang pelancaran kelak.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2a) Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1699
  • Carl Pei: Nothing Phone (3) Akan Hadir 2025 Dengan Ciri AI
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY