Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
allcolours 16-9

CMF Phone 1 Rasmi – Panel Belakang Boleh Tukar, Harga RM1099

Diterbitkan Julai 8, 2024 · Dikemas kini Julai 8, 2024 oleh Amalina Athman

Sub-jenama Nothing, CMF secara rasmi melancarkan telefon pertamanya iaitu CMF Phone 1.

{suggest}

Menyentuh spesifikasi, CMF Phone 1 dilengkapi skrin 6.67-inci Super AMOLED LTPS dengan resolusi 1080 x 2400, kadar segar semula adaptif 120Hz dan maksimum kecerahan 2000 nit.

SC1 16-9

Menariknya pada rekaan CMF Phone 1, ia menawarkan panel belakang mudah ganti. Pengguna boleh menukar sarung belakang kepada warna yang sesuai atau menambah aksesori tersuai.

DesignKSP 16-9

Peranti ini dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 7300 yang digandingkan bersama 8GB RAM dan 256GB storan.

Beralih ke bahagian fotografi, CMF Phone 1 menawarkan 50MP kamera belakang dengan sensor potret, manakala di bahagian hadapan ditempatkan 16MP lensa swafoto.

BeedrillCamera 16-9

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan kapasiti bateri 5000mAh bersama pengecasan 33W dan 5W pengecasan berbalik.

CMF Phone 1 Rasmi – Panel Belakang Boleh Tukar, Harga RM1099

Tiga pilihan warna tersedia iaitu Black, Light Green dan Orange. Lain-lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 6, rangkaian 5G, Bluetooth 5.3, penarafan IP52 serta menjalankan Nothing OS 2.6 berasaskan Android 14.

Harga dan ketersediaan

allcolours 16-9

CMF Phone 1 ditawarkan pada harga RM1,099 dalam konfigurasi memori 8GB+256GB. Pelanggan akan menerima CMF Case bernilai RM99 secara percuma apabila membeli CMF Phone 1 – tertakluk kepada siapa cepat dia dapat sementara stok masih ada.

Terdapat juga aksesori CMF Phone 1 yang dijual secara berasingan, termasuk CMF Stand, lanyard, sarung kad – masing-masing berharga RM59.

ACOA 16-9

Pembelian boleh dilakukan bermula 15 Julai 2024 sama ada secara dalam talian, pengedar sah atau melalui operator terpilih.

  • Beli CMF Phone 1 dan aksesori lain di Shopee: https://invl.io/clldeov
  • Beli CMF Phone 1 dan aksesori lain di Lazada: https://invol.co/clldeox

Sumber: Siaran Media CMF by Nothing

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY