Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

“Normal Baru” Harga Memori Akan Jadi Lebih Tinggi – Lenovo

Diterbitkan Jun 29, 2026 · Dikemas kini Jun 29, 2026 oleh ariff bukhari

Lenovo dilaporkan memberi amaran bahawa harga memori DRAM dan NAND akan kekal tinggi sehingga tahun 2030, menjadikannya “normal baharu” dalam industri teknologi.

Menurut syarikat itu, harga memori tidak kembali ke paras rendah awal 2025 kerana permintaan yang melonjak akibat ledakan kecerdasan buatan (AI) dan kekangan bekalan global.

Pengeluar utama seperti Micron, Samsung dan SK Hynix mengakui mereka tidak mampu memenuhi permintaan walaupun daripada pelanggan terbesar, sekali gus mengekalkan tekanan harga.

Walaupun beberapa syarikat sedang membina kilang baharu, Lenovo percaya usaha ini hanya mampu mengurangkan sedikit jurang antara bekalan dan permintaan.

Malah, penganalisis menjangkakan harga memori boleh meningkat lagi sebanyak 50% pada suku ketiga 2026 dan 40% pada suku keempat, dengan tiada tanda penurunan sehingga sekurang‑kurangnya 2028.

Kesan langsung kepada pengguna ialah kos lebih tinggi yang bukan sahaja ke atas RAM dan storan , tetapi juga untuk peranti elektronik termasuklah komputer riba, konsol permainan dan telefon pintar.

Situasi ini menandakan era baharu di mana memori menjadi komoditi premium, dan pengguna perlu bersedia menghadapi harga yang lebih mahal untuk peranti harian mereka.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Harga Purata Telefon Pintar Global 2026 Diramal Melonjak Ke ~RM2,300
  • Semua Model Mac Turut Naik Harga - MacBook Neo Kini Bermula RM2,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY