Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone 17, AFP

Harga Purata Telefon Pintar Global 2026 Diramal Melonjak Ke ~RM2,300

Diterbitkan Jun 24, 2026 · Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh ariff bukhari

Pasaran telefon pintar global dijangka mengalami penurunan penghantaran sebanyak 12.2% pada tahun 2026, dengan jumlah unit hanya sekitar 1.093 bilion.

Namun begitu, laporan terkini Omdia meramalkan, purata harga jualan telefon pintar global (ASP) diramalkan meningkat daripada $467 (~RM1,900) pada tahun 2025 kepada $565 (~RM2,300) pada tahun 2026.

Lonjakan 21% ini – bersamaan dengan $98 (~RM406) – menandakan paras tertinggi sepanjang masa dalam kadar pertumbuhan dan nilai dolar untuk industri ini.

Omdia berkata, kenaikan ini didorong oleh kos komponen seperti DRAM dan NAND yang melonjak lebih 80% pada awal 2026.

Harga Purata Telefon Pintar Global 2026 Diramal Melonjak Ke ~RM2,300

Sebagai langkah mengatasi isu itu, pengeluar kini didapati mengurangkan model bajet dengan memberi tumpuan kepada segmen pertengahan hingga premium untuk mengekalkan margin keuntungan.

Jadi, walaupun jumlah jualan menurun, nilai pasaran telefon pintar secara keseluruhan meningkat sebanyak 6.1%.

Pasaran membangun seperti Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin paling terkesan kerana bergantung pada telefon mampu milik, manakala pasaran di negara maju lebih stabil.

Apple pula buat masa ini masih kekal unik dengan strategi harga konsisten.

Industri dijangka hanya akan kembali stabil menjelang akhir 2027 nanti, dengan pemulihan bermula pada 2028 apabila kapasiti bekalan kembali meningkat.

Berkaitan

  • Harga Telefon Pintar Dijangka Melambung Naik Tahun Ini
  • Ini Sebab Harga Telefon Pintar Dijangka Melonjak Pada 2026 Nanti
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY