Agak sukar (alasan, padahal malas baca) sebenarnya untuk mengingati setiap versi WiFi yang yang dinamakan dengan nombor yang berbeza serta bercampur dengan abjad.
Sebelum ini, versi WiFi dikenali dengan 802.11n, 802.11ac dan lain-lain.
Terbaru, WiFi Alliance, sebuah badan gabungan antara pengeluar peranti telah memperkenalkan sistem penamaan versi WiFi yang lebih mudah difahami terutama sekali pengguna biasa.
Perubahan nama adalah seperti berikut.
- 802.11b - Wi-Fi 1
- 802.11a - Wi-Fi 2
- 802.11g - Wi-Fi 3
- 802.11n - Wi-Fi 4
- 802.11ac - Wi-Fi 5
- 802.11ax - Wi-Fi 6
Tambahan lagi, WiFi Alliance juga mahu antaramuka perisian memperlihatkan versi WiFi.

Dengan itu, pada masa depan, peranti seperti telefon pintar dan komputer anda akan memaparkan simbol seperti diatas.
Mengenai WiFi 6, ia dijangka mula dilaksanakan kepada umum pada tahun hadapan.
Sumber: WiFi Alliance via The Verge
Berkaitan
- Huawei WiFi AX3, Router Dengan Sokongan WiFi 6 Berharga RM299
- Perkhidmatan TM WiFi Kini Dikenali Sebagai wifi@unifi, Percuma Sehingga 31 Disember Ini
- Johor WiFi Bakal Ditempatkan Di 76 Lokasi Baru Tahun Ini
- Rekaan Galaxy Tab S5e Dikatakan Penyebab Kepada Masalah Sambungan WiFi
- Maybank Sediakan Perkhidmatan WiFi Di 179 Cawangan Seluruh Negara
- Redmi Note 9S Dikatakan Mempunyai Masalah Sambungan WiFi
- Korea Selatan Giat Membangunkan Sambungan 'Super-Fast WiFi'
- Mahukan WiFi Laju Ketika Bercuti? Ini Cara Semak Kelajuan Hotel Sebelum Buat Tempahan
- Netgear Rancang Atasi Masalah Liputan WiFi
- Fujiaire Lancar Pendingin Hawa Yang Didayakan Dengan WiFi Untuk Pasaran Tempatan