Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pernah Digilai Ramai, Nokia N91 Telefon Dengan Storan HDD Terkecil Di Dunia Pada Zamannya

Pernah Digilai Ramai, Nokia N91 Telefon Dengan Storan HDD Terkecil Di Dunia Pada Zamannya

Diterbitkan Mei 8, 2026 · Dikemas kini Mei 9, 2026 oleh ariff bukhari

Tahukah anda bahawa Nokia pernah mencipta sejarah unik dalam industri telefon mudah alih apabila memperkenalkan model Nokia N91 dengan storan HDD terkecil di dunia yang dilancarkan pada lewat tahun 2005 dahulu.

Nokia memasarkan N91 sebagai “jukebox phone” kerana ia menawarkan kapasiti storan besar sehingga 4GB, yang kemudiannya dinaik taraf kepada 8GB menerusi versi Black Edition (storan berkapasiti itu dianggap sudah sangat besar pada ketika itu).

Pernah Digilai Ramai, Nokia N91 Telefon Dengan Storan HDD Terkecil Di Dunia Pada Zamannya
Antara spesifikasi utama Nokia N91 adalah skrin LCD berwarna, kamera 2 Megapiksel dan bunyi ringtone Polyphonic.

Namun, penggunaan cakera keras mini itu membawa beberapa cabaran teknikal yang besar.

Antaranya adalah sistem mekanikal di dalamnya sangat sensitif terhadap getaran. Malah, bunyi bass yang kuat daripada pembesar suara telefon atau pergerakan ketika berjalan saja sudah cukup untuk menyebabkan muzik tersekat-sekat dimainkan.

Pernah Digilai Ramai, Nokia N91 Telefon Dengan Storan HDD Terkecil Di Dunia Pada Zamannya
Perbandingan saiz fizikal storan HDD yang digunakan dalam Nokia N91.
Pernah Digilai Ramai, Nokia N91 Telefon Dengan Storan HDD Terkecil Di Dunia Pada Zamannya

Selain itu, Nokia turut memuatkan perlindungan khas bagi mengelakkan gangguan magnet daripada radio selular dan pembesar suara yang boleh merosakkan data dalam cakera berputar tersebut.

Penghasilan haba tinggi dalam ruang telefon yang sempit turut menjejaskan ketahanan komponen dalaman.

Akhirnya, Nokia beralih kepada storan flash yang lebih tahan lasak, ringan dan tanpa komponen bergerak.

Walaupun konsep pemacu mikro ini gagal berkembang, N91 kekal sebagai sebuah telefon ikonik dalam sejarah perkembangan teknologi telefon moden.

Berkaitan

  • CEO Nokia Buat Panggilan Telefon Bunyi 3 Dimensi Pertama Di Dunia
  • Peminat Tegar Nokia Ini Pecah Rekod Guinness Miliki Koleksi Telefon Bimbit Terbanyak Di Dunia
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY