Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia Lancar Rangkaian Radio 5G Pertama Di Dunia Pada Rel Kereta Api

Nokia Lancar Rangkaian Radio 5G Pertama Di Dunia Pada Rel Kereta Api

Diterbitkan September 18, 2025 · Dikemas kini September 18, 2025 oleh ariff bukhari

Nokia dan Deutsche Bahn telah mencipta sejarah dengan melancarkan rangkaian radio 5G komersial pertama di dunia menggunakan jalur 1900 MHz (n101) di laluan ujian kereta api Jerman.

Pelancaran ini menandakan peralihan penting daripada sistem GSM-R lama kepada Future Railway Mobile Communication System (FRMCS), yang direka khas untuk komunikasi misi kritikal antara kereta api dan infrastruktur.

Infographic FRMCS 5G

Future Railway Mobile Communication System (FRMCS) ialah pengganti GSM-R untuk era 5G.

Ia berfungsi sebagai rangkaian mudah alih khusus kereta api bagi kawalan dan operasi.

Ia membolehkan pemandu, isyarat dan peralatan berhubung secara pantas serta selamat.

FRMCS mengurangkan kelewatan kerana pengawal boleh melihat masalah secara masa nyata, membolehkan tren bergerak lebih rapat tanpa menjejaskan keselamatan, sekaligus meningkatkan kapasiti.

Ia juga menyokong automasi dan pengesanan masalah sebelum berlaku kerosakan.

Malah, kelebihan FRMCS adalah ia boleh digunakan merentas negara dan ditingkatkan seiring kemajuan 5G, memastikan rangkaian kereta api kekal cekap dan bersedia untuk masa depan.

Ini sekali gus membolehkan operasi kereta api yang lebih cekap, selamat dan mampan, serta meningkatkan pengalaman penumpang.

Rangkaian ini menggunakan teras 5G Standalone (SA) dan menyokong automasi penuh, pemantauan masa nyata serta pemulihan kendiri.

Teknologi ini juga menjadi asas kepada projek FP2-MORANE-2 yang bertujuan memperluas digitalisasi rel di seluruh Eropah.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pusat Data Awan Diluaskan Ke Angkasa, Sasar Kelajuan Sehingga 100 Gbps
  • MediaTek Umum Cip Pertama Guna Teknologi 2nm TSMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
©2026 WISER.MY