Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Umum Cip Pertama Guna Teknologi 2nm TSMC

MediaTek Umum Cip Pertama Guna Teknologi 2nm TSMC

Diterbitkan September 18, 2025 oleh ariff bukhari

MediaTek mengumumkan kejayaan membangunkan cip menggunakan proses 2nm N2P TSMC, menjadikannya antara syarikat pertama mencapai kejayaan ini.

Proses N2P, yang merupakan evolusi daripada teknologi 2nm berasaskan struktur transistor nanosheet, dijangka meningkatkan prestasi dan kecekapan tenaga secara drastik.

Berbanding proses N3E, N2P mampu memberikan peningkatan prestasi sehingga 18% pada kuasa sama, penjimatan kuasa sekitar 36% pada kelajuan sama, serta peningkatan kepadatan logik 1.2 kali ganda.

Cip flagship MediaTek yang akan menggunakan teknologi ini dijangka memasuki produksi besar-besaran pada akhir 2026 nanti.

Presiden MediaTek, Joe Chen, menekankan bahawa inovasi ini mengukuhkan kepimpinan industri syarikat, manakala TSMC menegaskan komitmennya dalam menyediakan teknologi semikonduktor paling canggih untuk memenuhi keperluan global pelanggan dengan lebih cekap tenaga.

Kerjasama jangka panjang antara MediaTek dan TSMC akan memainkan peranan penting dalam pembangunan cip  berprestasi tinggi untuk pelbagai aplikasi termasuk mudah alih, automotif, pusat data, dan pengkomputeran.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Elak Diboikot, Iklan iPhone Air Di Korea Selatan Terpaksa Disunting
  • Phone (3) Kini Diskaun RM500, Pengguna Phone (1) Dan (2) Disyor Naik Taraf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY