Nokia 9 Mungkin Bukan Pengganti Nokia 8

HMD Global sebagai pemegang hak ekslusif untuk peranti Nokia telah memperkenalkan 6 peranti Nokia kepada pasaran global sebagai tanda permulaan mereka memasuki pasaran peranti telefon pintar.

Mereka belum lagi mengeluarkan sebarang peranti untuk tahun 2018 namun semua itu mungkin berubah dengan Nokia 9. Nokia 9 dicanang sebagai peranti utama HMD Global untuk tahun 2018 dan mungkin bukan penyambung kepada peranti utama mereka tahun lepas, Nokia 8.

HMD bercadang melancarkan Nokia 9 di Mobile World Congress (MWC) 2018 yang akan berlangsung pada 26 Febuari hingga 1 Mac. Peranti ini juga sudah menerima penarafan 3C di China dan dari FCC membolehkan peranti tersebut sudah boleh digunakan oleh negara-negara terlibat.



Nokia 9 dijangka akan menampilkan rekaan skrin paparan dengan nisbah 18:9 dan lengkungan di bahagian tepi skrin seperti Galaxy S8 dan Note 8. Imej yang tertiris juga memperlihatkan dwi-kamera utama Zeiss Optic dengan tetapan 13MP+13MP dnegan kamera depan 13MP.

Peranti ini diramalkan akan menggunakan cip SoC Qualcomm Snapdragon 845 dan akan dikuasakan oleh sistem Android 8.0 Oreo. Bagi perkakasan memori pula, Nokia 9 dikatakan akan mempunyai ruang memori sebanyak 6GB/8GB untuk RAM dan 64GB/128GB untuk ROM.