Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 9 Dikhabarkan Membawa Tetapan Dwi Kamera Utama Dan Snapdragon 835

Nokia 9 Dikhabarkan Membawa Tetapan Dwi Kamera Utama Dan Snapdragon 835

Diterbitkan Disember 21, 2017 ยท Dikemas kini Disember 21, 2017 oleh Helmi Samsuri

Seperti pengeluar-pengeluar yang lain, Nokia sudah semestinya sedang bersiap sedia mempertaruhkan model baru untuk pasaran 2018.

Pelbagai khabar angin bertiup menimbulkan tanda tanya kepada peminat jenama dari Finland itu dan beberapa hari lepas, Nokia 9 sudah mendapatkan pengesahan FCC yang membolehkan peminat tahu serba sedikit mengenai peranti tersebut.

Nokia 9 Dikhabarkan Membawa Tetapan Dwi Kamera Utama Dan Snapdragon 835

Berdasarkan imej spesifikasi berkenaan, Nokia 9 diramal tampil dengan skrin OLED berukuran 5.5 inci selain dikuasakan dengan Snapdragon 835 beserta ruangan memori sebesar 128GB. Maklumat bagi memori RAM tidak pula kelihatan.

Dibahagian belakang bakal dilengkapi dengan dwi kamera utama hasil gabungan lensa 12MP dan 13MP sementara bahagian hadapan menggunakan 5MP lensa selfie. Sedikit pelik kerana model terdahulu iaitu Nokia 8 mempunyai kamera selfie 13MP.

Khabar angin lain pula menyatakan ia berkemungkinan hadir dengan dwi kamera selfie, 5MP+5MP.

Nokia 9 akan dijana oleh bateri 3250mAh dengan sokongan pengecasan pantas (18W), dan dipercayai pelancarannya dibuat pada 19 Januari 2018.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY