Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 8 Pro Dengan Rekaan Penta Lensa Yang Boleh Diputar

Nokia 8 Pro Dengan Rekaan Penta Lensa Yang Boleh Diputar

Diterbitkan Februari 21, 2018 ยท Dikemas kini Februari 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Cakap-cakap sebelum ini ada menyatakan bahawa Nokia mungkin hadir dengan telefon pintar 5 kamera dibahagian belakang.

Walaupun hanya sekadar khabar angin, ia sedikit memeranjatkan semua pihak terutama sekali peminat jenama berkenaan.

Perkhabaran mengenai peranti terbabit sekali lagi muncul, dan kali ini ia lebih kepada menjelaskan tentang rekaan “5 kamera” yang digembar-gemburkan itu.

Difahamkan Nokia 8 Pro akan mempunyai dwi kamera dan bukannya lima. Tetapan dwi kamera yang akan digunakan merupakan hasil gabungan dari sensor RGB 13MP dan sensor monokrom 13MP.

Nokia 8 Pro Dengan Rekaan Penta Lensa Yang Boleh Diputar

Berdasarkan imej paten, boleh dilihat ia akan dilengkapi dengan mekanisma putaran untuk penta lensa (lima lensa).

Lensa yang diputar itu dipercayai berfungsi untuk mengubah jarak fokus kamera dan meningkatkan lagi mutu zoom.

Seperti biasa, lensa untuk Nokia dibekalkan oleh Carl Zeiss. Sementara itu, pada bahagian dalaman pula, Nokia 8 Pro diramal menggunakan cip terbaru Snapdragon 845, dan skrin bernisbah 18:9.

Sumber: Slashgear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY