Nokia Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Yang Mempunyai 5 Kamera

Walaupun agak lambat memasuki pasaran Android, Nokia dilihat berusaha keras untuk kembali bersaing dengan pengeluar gergasi lain.

Terbaru, satu khabar angin menyatakan jenama dari Finland ini bakal mengeluarkan telefon pintar dengan tetapan 5 kamera.

Kapsyen: 5 lensa kamera dan 2 LED Flash


Informasi tersebut diperoleh dari satu sumber yang rapat dengan R&D Foxconn, yang mana syarikat ini dan Nokia dikatakan menjalin hubungan dalam pembangunan telefon pintar.

Dikatakan lagi, kamera itu berbeza dari Nokia 8 serta Nokia 9 dan dipercayai ia berkait rapat dengan Nokia Lumia 1020 yang mempunyai tetapan kamera berbentuk bulat dengan keupayaan 41MP.

Nokia dilaporkan telah berjaya membangunkan unit ujian dan sekiranya Foxconn berupaya mencari jalan menghasilkannya secara besar-besaran, model ini mungkin menemui pasaran lewat 2018 ini.

Sumber: Vtech