Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nio Catat Lebih 145,000 Tukaran Bateri EV Sehari Di China

Nio Catat Lebih 145,000 Tukaran Bateri EV Sehari Di China

Diterbitkan Oktober 8, 2025 · Dikemas kini Oktober 8, 2025 oleh ariff bukhari

Pengeluar kenderaan elektrik China, Nio, dilaporkan telah mencatat rekod baharu dalam penukaran bateri EV selepas berjaya merekodkan sebanyak 145,395 penukaran dalam tempoh 24 jam pada 1 Oktober 2025 lalu.

Rekod itu dicapai ketika cuti “Golden Week” iaitu pada sambutan Hari Kebangsaan China dengan bandar-bandar utama seperti Shanghai, Beijing dan Hangzhou mencatatkan ribuan penukaran bateri, menunjukkan lonjakan penggunaan EV di dalam negara tersebut.

Teknologi penukaran bateri EV secara automatik oleh Nio ini hanya mengambil masa kurang daripada 3 minit di mana setakat ini, Nio telah melaksanakan lebih 87.9 juta penukaran.

Nio kini mengendalikan sebanyak 3,520 stesen penukaran bateri EV di China dan 61 di Eropah, dengan 525 stesen baharu dibuka tahun ini.

Pencapaian ini membuktikan kecekapan infrastruktur tenaga bersih yang semakin relevan di China.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.2
  • Aplikasi Celcom Life Dan MyDigi Akan Ditamatkan Akhir Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY