Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch Versi Baharu Didakwa Akan Dilancarkan Tahun Hadapan – WSJ

Nintendo Switch Versi Baharu Didakwa Akan Dilancarkan Tahun Hadapan – WSJ

Diterbitkan Oktober 4, 2018 oleh Haikel Areff

Akhbar yang berasal US, The Wall Street Journal telah melaporkan bahawa Nintendo bakal melancarkan sebuah versi baharu bagi konsol permainan popular mereka, Nintendo Switch pada tahun 2019.

Menurut laporan berkenaan, Nintendo masih dalam proses mengenalpasti penambahbaikan yang boleh dibawa pada versi baharu ini nanti.

Nintendo Switch Versi Baharu Didakwa Akan Dilancarkan Tahun Hadapan – WSJ

Antara naiktaraf yang dicadangkan ialah penggunaan panel skrin yang lebih baik, lebih terang dan lebih mesra tenaga. Bagaimanapun, mereka mungkin akan kekal menggunakan panel LCD dan bukannya panel LED yang lebih mahal.

Berita ini ternyata sedikit mengejutkan kerana edisi Switch yang ada pada hari ini hanya dilancarkan pada Mac tahun lalu. Sejak itu, jualan konsol mudah alih tersebut adalah amat memberangsangkan dan ia menjadi sebab untuk Nintendo meneruskan prestasi jualan ini pada keluaran Switch terbaru nanti(jika dilancarkan).

Teruskan bersama kami di Wiser untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dan berita-berita berkaitan teknologi di masa akan datang.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY