Nintendo Switch Dikemaskini Dengan Kuasa Bateri Yang Lebih Lama

Nintendo sedia memperkenalkan konsol Switch Lite yang mana ia bakal menembusi pasaran pada September nanti.

Kini, mereka sekali lagi hadir mengumumkan Switch versi baru yang dikemaskini dengan keupayaan bateri lebih lama. Spesifikasi yang ditawarkan masih sama dengan versi sebelumnya seperti boleh membuat sambungan ke televisyen dan sebagainya.



Nintendo Switch asal hanya menawarkan kuasa bateri yang mampu bertahan antara 2.5 jam ke 6.5 jam masa permainan dan pada versi yang ditambah baik ini, ia mampu memberikan kuasa sehingga 4.5 jam ke 9 jam.

Nintendo tidak menyatakan bagaimana mereka memberikan kuasa tambahan pada Switch namun ia dikhabarkan adalah lanjutan daripada penggunaan CPU terbaru.  Sebelum ini, Nintendo dilaporkan ada memfailkan perubahan pada bahagian CPU serta storan.

Turut sama diumumkan adalah alat kawalan JoyCon yang bakal hadir dengan pilihan warna baru iaitu Biru-Kuning serta Ungu-Oren. JoyCon ini akan mula berada dipasaran pada 4 Oktober pada harga $79.99 (~RM329).



Harga untuk model yang dikemaskini masih sama seperti model sebelumnya iaitu antara $280-$300 (~RM 1152- ~RM1234).

Sumber: The Verge