Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch Dengan Paparan Lebih Baik Dikhabarkan Keluar Tahun Hadapan

Nintendo Switch Dengan Paparan Lebih Baik Dikhabarkan Keluar Tahun Hadapan

Diterbitkan Oktober 5, 2018 oleh Wiser MY

Nintendo Switch dikatakan akan mendapat nafas baru dari spesifikasi perkakasan. Menurut Wall Street Journal, peranti Nintendo Switch tersebut akan bertukar pada lewat tahun hadapan. Keputusan itu diambil setelah momentum penjualan peranti Switch ketika ini mengalami sedikit penurunan dan peningkatan perkakasan nampaknya dipilih oleh Nintendo bagi mengekalkan dominasi mereka dalam peranti permainan mudah alih.

Nintendo Switch Dengan Paparan Lebih Baik Dikhabarkan Keluar Tahun Hadapan

Antara spesifikasi yang disebut adalah paparan LCD yang lebih baik; paparan OLED tidak menjadi pilihan. Peranti terbaru itu juga mestilah boleh berfungsi normal mengikut perisian sedia ada Switch. Nintendo berharap dengan skrin yang baru, Nintendo Switch dapat memberikan paparan yang lebih terang dan juga jimat tenaga.

Nintendo Switch bukanlah peranti pertama dalam sejarah Nintendo yang mendapat naik taraf. Sebelum ini peranti popular mereka, Game Boy juga mempunyai beberapa versi yang dimulai dengan Game Boy, Game Boy Pocket dan juga Game Boy Color.

Sumber: WSJ, Nintendolife

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY