Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ninja Van

Ninja Van Pun Jadi Sasaran Scammer, 40% Kes Tertumpu Di Lembah Klang

Diterbitkan Jun 12, 2025 oleh ariff bukhari

Ninja Van Malaysia telah menganjurkan ScamMinar pertama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pakar forensik kewangan Raymon Ram.

Dalam ScamMinar itu, Ninja Van Malaysia mendedahkan, lebih daripada 17,000 laporan penipuan telah direkodkan, dengan 40% kes berlaku di Lembah Klang sahaja.

Statistik itu turut menunjukkan betapa seriusnya isu ini di mana sepanjang tahun 2024, sebanyak 35,368 kes penipuan terlah direkodkan dengan melibatkan kerugian berjumlah RM1.6 bilion.

Ninja Van Pun Jadi Sasaran Scammer, 40% Kes Tertumpu Di Lembah Klang

Pada tahun 2025 pula, lebih 3,500 laporan penipuan telah diterima mereka hanya dalam suku pertama sahaja, melebihi mana-mana suku tahun sebelumnya.

Kebanyakan kes adalah melibatkan penipuan Bayar Semasa Terima (COD), bungkusan palsu dan penipuan melalui SMS.

Ninja Van berkata, walaupun turut menjadi sasaran penipuan ini, mereka tetap komited untuk mendidik pengguna sebagai usaha dalam memerangi ancaman penipuan yang semakin membimbangkan ini.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Grup Tidak Senonoh Di Facebook Bukti Kita Bertindak Lambat - Masa Untuk Kawal Selia Media Sosial Lebih Serius
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Pilih Kualiti Muat Turun Gambar, Video

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY