Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nikon Z8

Nikon Z 8 Tiba Di Malaysia, Harga ‘Body’ Saja RM18,338

Diterbitkan Mei 22, 2023 oleh ariff bukhari

Pengedar rasmi kamera Nikon di Malaysia, Futuromic Photo AV Sdn. Bhd. telah membawa masuk model kamera berkuasa terbaru Nikon Z 8.

Ia merupakan kamera bingkai penuh mirrorless  yang direka dan dihasilkan untuk jurugambar, juruvideo serta profesional pengimejan serta pencipta kandungan.

Hanya seberat 910 gram sahaja, ia dilengkapi dengan pelbagi ciri menarik antaranya keupayaan merakam video sehingga 8K serta ciri anti gegaran Vibration Reduction (VR), Nikon Z 8 juga sesuai dipadankan dengan aksesori alat kawalan jauh, pemancar video tanpa wayar dan bateri tambahan.

Nikon Z8 3
Nikon Z8 2

“Z 8 baharu direka untuk menjadi serba boleh; ia adalah kira-kira 30% lebih kecil daripada Nikon Z 9 yang membolehkan pengguna merakam di mana sahaja, bila-bila masa tanpa sebarang kerumitan. Ia dilengkapi dengan teknologi terkemuka industri dan ciri-ciri canggih, menyediakan imej dan video yang jelas dan resolusi tinggi sehingga 8K dengan terperinci, ketajaman dan warna yang tepat.” Dato’ Billy Lai, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Futuromic Photo AV Sdn. Bhd.

Nikon Z8 1
Nikon Z 8 memberikan sudut penggambaran dengan operasi lancar dan fleksibel, menerusi monitor condong menegak/mendatar 4 paksi.

Nikon Z 8 diedarkan oleh Futuromic Photo AV Sdn. Bhd. di Malaysia, dijual pada harga RM18,338 untuk Z 8 BK SG (badan sahaja) dan RM 22,608 untuk Z 8 BK SG (24 – 120mm f4 kit).

Untuk maklumat lanjut mengenai Z 8 baru ini, layari laman Brochures (nikon-asia.com).

Berkaitan

  • Dari 1996 Hingga Sekarang: Ini Sejarah Touch 'n Go Yang Anda Mungkin Tak Tahu
  • Google Mungkin Akan Bolehkan Telefon Android Anda Jadi 'Dashcam' Kelak
  • Penggunaan Alat Timbang Neraca Akan Dimansuh Sepenuhnya

Sumber: Siaran Media Futuromic Photo AV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY