Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
alat timbang manual

Penggunaan Alat Timbang Neraca Akan Dimansuh Sepenuhnya

Diterbitkan Mei 22, 2023 · Dikemas kini Mei 22, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan memansuhkan penggunaan alat timbang neraca (ATN) sepenuhnya dalam tempoh tempoh setahun dari sekarang dan akan digantikan dengan alat penimbang elektronik atau digital.

Berkaitan

  • Dari 1996 Hingga Sekarang: Ini Sejarah Touch 'n Go Yang Anda Mungkin Tak Tahu
  • Pembaharuan Pasport Dalam Talian Sepenuhnya Di 3 Pejabat Imigresen Mulai Jun

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan pihak penguatkuasa, bagi mengatasi isu berkaitan timbang dan sukat ini.

Jelasnya, ketepatan alat timbang digital tidak dapat dipertikaikan berbanding penggunaan alat penimbang manual. Ketika ini, hanya 25% alat timbang digital yang digunakan di seluruh negara.

Sementara itu, Salahuddin berkata dalam proses melaksanakan penggunaan penimbang baharu itu, kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu berkaitan kecukupan bekalan dan harga alat tersebut, bagi memberi masa kepada peniaga mendapatkannya.

Pihak KPDN juga telah meneliti dan melantik beberapa syarikat untuk membekalkan alat penimbang digital berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: De Metrology

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY