Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sejarah touch n go

Dari 1996 Hingga Sekarang: Ini Sejarah Touch ‘n Go Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Posted on Mei 19, 2023Mei 21, 2023

Sebut saja nama Touch ‘n Go, pasti anda terbayang plaza tol yang sesak dengan kenderaan. Bagi  yang pernah menggunakan tiket kertas, semestinya kenal dengan nama Rangkaian Segar.

Sumber: Abdul Muiz Zabri

Namun, bagi generasi yang lebih muda, ramai yang hanya mengenali kad dan TNG eWallet. Berusia 27 tahun, ayuh kita bongkar sejarah dan perubahan dialami Touch ‘n Go, dari tol ke aplikasi dalam kocek.

Sebelum kita pergi ke kronologinya, suka untuk saya kongsikan dulu struktur syarikat sekarang.

https://twitter.com/afifauzi_/status/1318375227106021377/photo/1

Touch ‘n Go Group

tng group

Kumpulan ini terdiri daripada 2 syarikat:

  • Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (Touch ‘n Go) – anak syarikat  yang dimiliki sepenuhnya oleh CIMB Group
  • TNG Digital Sdn. Bhd. (TNG Digital) – usaha sama antara Touch ‘n Go dan Ant Group

Ant Group ialah ibu syarikat Alipay iaitu platform pembayaran digital terbesar di China. Lazada juga ialah produk Ant.

Touch ‘n Go Sdn. Bhd.

BERNAMA - TOUCH 'N GO TO LAUNCH NEW VERSION CARD WITH NFC CAPABILITY - TNG DIGITAL CEO

Ditubuhkan pada 1996 sebagai perkhidmatan pembayaran pertama dan satu-satunya (waktu itu) yang menumpukan terhadap penyediaan pembayaran tol elektronik di lebuh raya seluruh negara.

TNG Digital Sdn. Bhd.

 

tng digital

Syarikat ini ialah hasil ‘perkahwinan’ antara Touch ‘n Go Sdn. Bhd dengan Ant Group dari China pada 2017.

Menurut The Edge dan Wikipedia, setakat 2022, pemegang sahamnya ialah:

  • Touch ‘n Go Sdn. Bhd – 45.24%
  • Ant Group – 43.47%
  • Bow Wave Capital Management LP (ASP Malaysia) – 7.52%
  • AIA Malaysia – 3.76%

pegangan saham tng group 2022

Kedua-dua Touch ‘n Go dan TNG Digital diletakkan di bawah CIMB Digital Asset.

Ant Group memiliki sejumlah produk di bawahnya seperti Lazada dan Alipay. Ia dulunya mempunyai kaitan dengan Jack Ma kerana Ant Group berada di bawah Alibaba.

TNG Digital ialah pemilik dan pengendali aplikasi TNG eWallet yang anda gunakan sekarang.

KRONOLOGI

1996

tol jalan pahang

Sebuah syarikat iaitu Rangkaian Segar Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran melalui kad di plaza tol Semenanjung Malaysia.

Sistem Touch ‘n Go dibangunkan oleh TERAS Teknologi Sdn. Bhd. (anak syarikat PLUS) dan ia masih wujud hingga ke hari ini.

1997

tol jalan pahang

Rangkaian Segar mula jual kad Touch ‘n Go untuk digunakan di plaza tol.

Plaza tol pertama menggunakan sistem tersebut ialah Jalan Pahang di Kuala Lumpur pada 18 Mac 1997.

Ia kemudian dikembanagkan ke plaza tol Jalan Cheras dan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat pada April.

1998

Lebuhraya PLUS pula melaksanakannya sepenuhnya sepanjang 848km pada November 1998. Perasmiannya dilakukan di plaza tol Sungai Dua oleh Datuk Dr. Ramli Mohamad.

Ia menjadi lebuhraya terpanjang yang mempunyai sistem pembayaran tol elektronik.

2000

SmartTAG diperkenal. Maka, 3 mod pembayaran di tol ialah tunai, kad TNG dan SmartTAG.

Bas dikendalikan Cityliner di Lembah Klang mula menerima kad TNG sebagai pembayaran. Pengguna kad TNG diberikan diskaun sebanyak 10% dan ia berjalan selama dalam 3 tahun.

Bas feeder Putraline untuk LRT Putra (sekarang Laluan Kelana Jaya) juga diperkenal dan menggunakan sistem Touch ‘n Go.

2001

ic mykad cip tng

Kad pengenalan MyKad mula disertakan cip TNG dan boleh digunakan di terminal Touch ‘n Go seperti tol, bas dan lain-lain.

2008

nadzir razak cimb

CIMB Group yang dikepalai Datuk Seri Nazir Razak sebagai CEO telah membeli 20% daripada saham Touch ‘n Go Sdn. Bhd.

Menurut beliau, TNG bukan hanya pengutip tol tetapi sebuah platform yang memproses berjuta transaksi daripada berjuta pengguna dan percaya satu hari nanti ia akan menjadi sangat berharga untuk CIMB.

Selepas pengambilalihan saham oleh CIMB, nama syarikat Rangkaian Segar Sdn. Bhd. ditukar kepada Touch ‘n Go Sdn. Bhd.

Sebelum itu, Touch ‘n Go ialah nama perkhidmatan/sistem disediakan mereka.

Tahun ini juga menjadi tahun penting kerana kad TNG diperluas ke pengangkutan awam seperti tren dan bas pula.

2010

CIMB Group membeli lagi saham Touch ‘n Go dan kini memiliki 52% pemilikan syarikat itu.

Selebihnya, PLUS Malaysia Bhd. memegang baki 20% saham dan MTD Capital pula 28%.

2011

Lebuh raya di Malaysia memansuhkan mod pembayaran tunai, menyaksikan semua pengguna wajib membayar secara cashless. iaitu sama ada kad TNG atau SmartTAG.

Kad Touch ‘n Go kini boleh digunakan untuk parkir kereta pula.

2017

cimb ant group sumebr malaysian reserve
Sumber: The Malaysian Reserve

CIMB Group membeli lebih saham Touch ‘n Go saham yang dimiliki PLUS dan MTD, dan kini memiliki 100% saham Touch ‘n Go.

Senang kata, 2017 menyaksikan CIMB memegang Touch ‘n Go Sdn. Bhd. sepenuhnya, 100%.

Setelah mendominasi sektor pengangkutan, kini Touch ‘n Go mengintai arena kewangan digital pula.

CEO TNG Digital denga Fahmi Fadzil pada 2018.
CEO TNG Digital dengan Fahmi Fadzil pada 2018. Sumber: Lowyat.NET

Touch n Go Sdn. Bhd. bersama-sama Ant Group menubuhkan sebuah syarikat baharu iaitu TNG Digital Sdn. Bhd.

TNG Digital kemudian mencipta aplikasi TNG eWallet yang menjadi antara e-dompet popular di Malaysia hari ini.

2018

plaza tol highway sumber teras teknologi
Sumber: TERAS Teknologi

Ujian rintis RFID telah dimulakan untuk pengguna awam namun ketersediaannya hanya di 16 lokasi lebuh raya terpilih.

2019

Sumber: TERAS Teknologi

Dengan adanya aplikasi TNG eWallet yang sudah berusia setahun lebih, memperkenal fungsi PayDirect.

RFID juga kini tersedia di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Namun, PayDirect terhad di tol terbuka Lembah Klang saja waktu ini.

2021

tng go+ paultan
Sumber: Paul Tan

Touch ‘n Go kini memiliki 51% saham TNG Digital manakala Ant Group pula memegang sebanyak 49%.

Syarikat insurans AIA Bhd. membeli sebahagian kecil saham TNG Digital dan menjadi pemegang saham ke-4 terbesar.

tng ewallet aia

TNG Digital menjadi pertama dalam Malaysia menerima kelulusan bersyarat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk beroperasi sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO).

Ini membolehkannya mengurus pengendalian serta mengedarkan produk pasaran modal secara langsung, termasuk dana unit amanah pasaran wang melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet tanpa melibatkan aplikasi pihak ketiga.

Dengan itu, TNG eWallet tawarkan Go+.

{suggest}

2022

Lazada menyuntik modal sebanyak RM750 juta ke dalam TNG Digital.

Perkhidmatan pinjaman GOpinjam dan pelaburan GOinvest tersedia di TNG eWallet.

TNG Digital jalinkan kerjasama dengan Shell. Mereka mula sedia perkhidmatan isian minyak dengan RFID di stesen minyak Shell terpilih.

2023

kad tng visa

TNG eWallet rasmikan kad TNG Visa iaitu sebuah kad prabayar. Perkhidmatan insurans GOprotect juga telah diperkenal.

Touch ‘n Go Sdn. Bhd. kini memiliki 45% saham TNG Digital, Ant Financial sebanyak 44%, ASP Malaysia (Bow Wave Capital) sebanyak 8% dan AIA Malaysia sebanyak 4%.

Bow Wave Capital ialah syarikat pelaburan daripada New York.

Kenapa ada 2 logo di kad TNG dan dua akaun media sosial?

tng digital sumber; fintechnews
Sumber: Fintech News Malaysia

Anda mungkin keliru kenapa perlu ada 2 logo pada syarikat sama seperti pada kad TNG NFC? Manakala kad TNG Visa pula hanya logo TNG eWallet?

Bahkan, kalau anda perasan, ada 2 akaun rasmi di iaitu Touch ‘n Go dan TNG eWallet di media sosial utama.

Hal ini kerana ia merupakan 2 syarikat berbeza dan penggunaan 2 logo bermakna ada kerjasama antara mereka untuk satu-satu produk atau perkhidmatan.

Kedua-dua logo akan didapati pada pejabat dan kedai Touch ‘n Go, kad TNG NFC, pek RFID.

kad tng nfc

Namun, produk seperti kad Visa TNG, hanya ada logo TNG eWallet kerana ia di bawah TNG Digital. Iyalah, kad tersebut bukan boleh digunakan pun untuk perkhidmatan di bawah Touch ‘n Go Sdn. Bhd.

Kad Visa hanya terpaut dengan akaun TNG eWallet.

Sumber: Touch ‘n Go, Chegg, The Edge Markets, The Edge, TERAS Teknologi, Lowyat.NET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress