Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Tambah Sokongan ‘Screen Lock’, Elak Tertekan Mana-Mana Butang Semasa Menonton

Netflix Tambah Sokongan ‘Screen Lock’, Elak Tertekan Mana-Mana Butang Semasa Menonton

Diterbitkan April 21, 2020 oleh Amalina Athman

Adalah suatu yang mengecewakan apabila tontonan Netflix menjadi terganggu apabila secara tidak sengaja tertekan mana-mana butang yang menyebabkan kandungan tersebut terhenti atau beralih ke episod yang lain.

Kini, bagi pengguna peranti Android, Netflix telah menambah sokongan fungsi baru bagi mengelakkan perkara tersebut.

Telah mula dilepaskan beberapa hari lalu, Netflix menambah fungsi baru Screen Lock. Fungsi ini akan dipaparkan di bahagian bawah skrin setelah anda memainkan kandungan di Netflix.

Screen Lock Netflix

Mengaktifkan fungsi ini akan menyembunyikan semua Netflix UI termasuk play/pause, audio & subtitles dan lain-lain. Hanya ikon lock yang akan dipaparkan pada skrin . Sekiranya anda ingin nyahaktif fungsi itu, tekan dua kali pada ikon tersebut dan Netflix UI akan kembali dipaparkan pada skrin.

Bagaimanapun, sistem navigasi Android seperti butang kembali dan sebagainya masih berfungsi seperti biasa apabila fungsi ini diaktifkan. Pada masa ini, fungsi screen lock masih belum tersedia pada peranti iOS.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY