Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix iOS 17

Netflix Sahkan Integrasi Apple TV Di AS Adalah Kesilapan

Diterbitkan Februari 17, 2025 ยท Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, beberapa pengguna di Amerika Syarikat dilaporkan mula melihat kandungan Netflix muncul dalam senarai “Continue Watching” di aplikasi Apple TV. Perkembangan ini mencetuskan spekulasi bahawa Netflix mungkin sedang melancarkan integrasi dengan Apple TV.

Am I dreaming? Netflix integration in the Apple TV app? pic.twitter.com/yMeWk6x2US

— FlatpanelsHD (@Flatpanels) February 14, 2025

Namun, jurucakap Netflix mengesahkan bahawa kemunculan kandungan Netflix dalam Apple TV – termasuk sokongan sementara untuk ciri senarai tontonan dan “continue watching” – adalah satu kesilapan dan telah ditarik balik.

Buat pengetahuan, Netflix merupakan salah satu daripada perkhidmatan penstriman utama yang menolak untuk menawarkan integrasi dengan aplikasi Apple TV. Sebaliknya, ia lebih memilih agar pengguna menguruskan senarai tontonan dan mencari kandungan terus dalam aplikasi Netflix.

Netflix tidak pernah menyokong integrasi dengan ciri penjejakan kandungan terbina dalam aplikasi Apple TV, menyebabkan pengguna Apple TV tidak dapat melihat rancangan dan filem Netflix dalam senarai tontonan mereka.

Sementara kandungan daripada perkhidmatan penstriman lain seperti Apple TV+, Hulu, Disney+, Max dan Amazon Prime Video boleh dipantau menggunakan aplikasi Apple TV di seluruh peranti Apple.

Dengan pengesahan daripada Netflix, ini bermakna pendirian syarikat tersebut masih kekal sama.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Kenaikan Harga Langganan Netflix, Ini Pelanggan Unifi TV Perlu Tahu
  • Pengguna Apple Lebih Ramai Langgan Netflix Dan Amazon Prime Berbanding Apple TV - CIRP
  • Netflix Akhirnya Benarkan Pengguna iOS Muat Turun Semusim Dengan Satu Klik

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY