Negara Ini Telah Menghasilkan Tenaga Elektrik Sendiri Untuk Rakyat Mereka Selama Setahun

Pada permulaan milenium, cerita-cerita mengenai dunia akan bergerak ke arah teknologi hijau sudah kedengaran. Sekarang kita sudah berada di tahun 2017 namun pergerakan kita ke teknologi hijau masih perlahan.

Teknologi hijau seperti tenaga hidro, solar, dan angin menawarkan kebaikan ke alam semulajadi namun kemajuan teknologi yang tidak kompeten bermakna teknologi ini mahal untuk diaplikasikan dengan hasil yang kurang memuaskan.

Namun ada satu negara ini yang berjaya membuktikan komitmen mereka terhadap teknologi hijau dengan menghasilkan tenaga elektrik dari sumber yang boleh diperbaharui selama 300 hari. Costa Rica, sebuah negara Amerika Tengah melalui Institut Elektrik Costa Rica telah mengumumkan kejayaan tersebut baru-baru ini.

https://twitter.com/GrupoICEcr/status/928728912401780737

Kejayaan Costa Rica itu merupakan pencapaian terbaik negara Amerika Latin itu dan kerajaan negara tersebut telah meletakkan sasaran tahun 2021 sebagai negara neutral karbon.