Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nama Sebenar Android O Akhirnya Terjawab- Android Oreo

Nama Sebenar Android O Akhirnya Terjawab- Android Oreo

Diterbitkan Ogos 22, 2017 · Dikemas kini Ogos 22, 2017 oleh Haikel Areff

Pada siapa yang mengikuti perkembangan dunia teknologi terutamanya pembinaan sistem operasi terbaru Android, nama ofisial Android O adalah Android 8.0 Oreo.

Setelah beberapa gosip bermain di internet sebelum ini tentang maksud sebenar ‘O’, akhirnya Google memilih untuk menamakan sistem operasi baru mereka menggunakan nama sejenis biskut.

Ianya merupakan kali ke-dua Google menggunakan nama biskut. Sebelum ini mereka menamakan sistem operasi 4.4 KitKat dengan kerjasama dengan Nestle. Dan kali ini mereka berjaya untuk bergandingan dengan syarikat Modelez untuk jenama Oreo.

The wait is over! Watch the big #AndroidO reveal live: https://t.co/Cn225PKrV8 #SolarEclipse2017

— Android (@Android) August 21, 2017

Android 8.0 Oreo akan dimuat naik oleh Google ke Android Open Source Project bermula harini, sementara kemaskini perisian untuk peranti yang disokong seperti Nexus dan Pixel akan hadir tidak lama lagi.

Google turut berkata, peranti seperti Essential, General Mobile, HMD Global, Huawei, Kyocera, LG, Motorola, Samsung, Sharp dan Sony akan menerima Android O hujung tahun ini.

Berikut merupakan nama sistem operasi Android sebelum ini;

Cupcake:

  • Android 1.5

Donut:

  • Android 1.6

Eclair:

  • Android 2.0
  • Android 2.1

Froyo: (ringkasan Frozen Yogurt)

  • Android 2.2

Gingerbread:

  • Android 2.3

Honeycomb:

  • Android 3.0
  • Android 3.1
  • Android 3.2

Ice Cream Sandwich:

  • Android 4.0

Jelly Bean:

  • Android 4.1
  • Android 4.2
  • Android 4.3

KitKat:

  • Android 4.4

Lollipop:

  • Android 5.0
  • Android 5.1

Marshmallow:

  • Android 6.0

Nougat:

  • Android 7.0
  • Android 7.1

Melalui percubaan beta, Android O mempamerkan beberapa ciri menarik seperti sokongan gambar ke gambar, titik notifikasi, emoji yang direka semula bersama tambahan baru, binaan dalam Google Play Protect, menghadkan penggunaan aplikasi yang dijalankan secara latar belakang, boot yang lebih pantas, dan sokongan untuk Android Instant Apps.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY