Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 14_telepolis

Naik Taraf Sistem Telefon Pintar Android Selesaikan Isu Hayat Bateri

Diterbitkan November 17, 2023 ยท Dikemas kini November 17, 2023 oleh ariff bukhari

Ramai pengguna yang menaik taraf telefon pintar Google Pixel 7 dan Pixel 6 mereka kepada Android 14 melaporkan pengurusan haba dan hayat bateri yang lebih baik.

Laporan positif itu adalah keupayaan baharu Android 14 dalam mengoptimum penjimatan tenaga dan penambahbaikan pada cache aplikasi. Selain itu, Google juga juga berjaya menangani isu aplikasi latar belakang dengan sistem Android 14.

Pembangun aplikasi Greenify Oasis Feng (melalui Mishaal Rahman) menerangkan, “Sebelum Android 14, aplikasi mampu menghalang kematiannya dengan menghentikan berbilang proses di bawah perkhidmatan yang berbeza dan memantau penamatan daripada mana-mana proses”.

Tetapi kini dengan Android 14, ia membekukan pakej cgroup (Control groups) dahulu sebelum mematikannya.

cgroups ialah ciri kernel Linux yang mengatur proses ke dalam kumpulan supaya penggunaan sumber mereka boleh dipantau/dikawal.

Dalam istilah mudah, ini dicapai dengan menjalankan beberapa proses berbeza yang memantau jika proses lain daripada aplikasi yang sama dimatikan untuk menghentikan aplikasi daripada berjalan di latar belakang.

Jadi, Android 14 berjaya menampal kelemahan versi Android sebelumnya yang membenarkan aplikasi kekal aktif di latar belakang tanpa had

“Kelemahan yang ditampal Android 14 digunakan oleh perpustakaan seperti MarsDaemon untuk mengelakkan aplikasi daripada dimatikan. Perpustakaan itu tidak berniat jahat, tetapi ia digunakan oleh banyak perisian hasad pada masa lalu.” Mishaal Rahman.

Google telah pun melancarkan versi stabil Android 14 kepada pengguna. Tetapi peranti Pixel yang menerima naik taraf ini terlebih dulu.

Manakala model-model telefon pintar daripada Samsung, Nothing, OnePlus, OPPO, realme, Sony, Xiaomi, vivo dan lain-lain akan menerimanya kemudian.

Berkaitan

  • Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini One UI Bagi Bulan November
  • Aplikasi Windows Baharu Ini Bolehkan Anda Akses Windows Dari Sebarang Peranti
  • Microsoft Sahkan Isu Pengaktifan Sistem Operasi Windows

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY