Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Windows Baharu Ini Bolehkan Anda Akses Windows Dari Sebarang Peranti

Aplikasi Windows Baharu Ini Bolehkan Anda Akses Windows Dari Sebarang Peranti

Diterbitkan November 17, 2023 ยท Dikemas kini November 17, 2023 oleh ariff bukhari

Microsoft di acara Ignite 2023 telah mengumumkan “Windows App” baharu untuk iOS dan iPadOS, aplikasi pelayar dan Windows hari ini yang membolehkan keupayaan untuk menyambung ke mana-mana PC Windows anda tidak kira di mana jua anda berada.

Microsoft menyatakan, pengguna boleh menggunakan Windows App pada pelbagai jenis peranti seperti komputer meja dan komputer riba, tablet, telefon pintar dan melalui pelayar.

“Apabila menggunakan pelayar sesawang pada komputer meja atau komputer riba, anda boleh menyambung tanpa perlu memuat turun dan memasang sebarang perisian.” Microsoft.

Aplikasi Windows Baharu Ini Bolehkan Anda Akses Windows Dari Sebarang Peranti

Windows App kini tersedia dalam pratonton yang membolehkan pengguna menyambungkan Windows 365, Azure Virtual Desktop, Microsoft Dev Box atau komputer meja peribadi secara kawalan jauh dari mana-mana peranti.

Antara ciri utama Windows App adalah sokongan monitor berbilang, resolusi paparan tersuai, ubah hala peranti seperti kamera web, audio, peranti storan dan pencetak serta dioptimum untuk Microsoft Teams.

Windows App masih dalam peringkat pembangunan tetapi Microsoft menawarkannya untuk dimuat turun pengguna bagi mencuba sendiri di platform Windows, macOS, iOS dan iPadOS serta aplikasi pelayar sesawang.

Berkaitan

  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan
  • Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini One UI Bagi Bulan November

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY