Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows activation

Microsoft Sahkan Isu Pengaktifan Sistem Operasi Windows

Diterbitkan November 17, 2023 oleh ariff bukhari

Timbul beberapa laporan berkenaan sesetengah pelanggan kehilangan pengaktifan sistem operasi Windows selepas menukar komponen PC atau melakukan kemas kini BIOS.

Bahagian yang paling terkesan teruk ialah lesen digital yang disambungkan ke Akaun Microsoft mereka tidak lagi mengaktifkan sistem pengendalian, memaksa mereka membeli kunci lain atau menggunakan kaedah lain.

Ekoran itu, pihak Microsoft telah respon dan mengesahkan kepada The Verge berkenaan isu tersebut.

“Microsoft menyedari laporan pelanggan ini dan sedang menyiasat. Pelanggan yang mengalami masalah teknikal harus menghubungi sokongan pelanggan.” Bill Babonas, Pengurus Produk Utama Windows.

Kira-kira sebulan yang lalu, Microsoft telah bertindak menutup kelemahan lama yang membenarkan pelanggan mengaktifkan Windows 10 dan 11 dengan menggunakan kekunci Windows 7, 8 dan 8.1 yang lama.

Di samping itu, syarikat itu menyekat laluan naik taraf percuma, menghalang mereka yang menggunakan versi pra-Windows 10 daripada mengemas kini kepada versi yang lebih baharu tanpa membayar kepada Microsoft untuk mendapatkan lesen baharu.

Jadi, isu pengaktifan Windows yang tidak sepatutnya terjejas dipercayai  berkemungkinan ada kaitan dengan tindakan Microsoft tersebut.

Berkaitan

  • Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan
  • Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini One UI Bagi Bulan November
  • Aplikasi Windows Baharu Ini Bolehkan Anda Akses Windows Dari Sebarang Peranti

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY