Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka

Naik Taraf Kelajuan Unifi Dan Streamyx Lebih Cepat Dari Perancangan Awal

Diterbitkan Julai 16, 2018 · Dikemas kini Julai 18, 2018 oleh Wiser MY

Telekom Malaysia (TM) sebelum ini telah mengumumkan naik taraf kelajuan sehingga 10 kali ganda kepada pelanggan Unifi sedia ada. TM mengumumkan perkara tersebut pada 12 Julai yang lepas.

Unifi Turbo: 10X Lebih Kelajuan Dengan Harga Yang Sama

TM mengesahkan pelan penaik-tarafan ini akan bermula secara berperingkat pada 15 Ogos 2018. Namun jika menurut sumber dari Pokde.net, perkara tersebut mungkin akan berlaku lebih awal dari yang sepatutnya.

Naik Taraf Kelajuan Unifi Dan Streamyx Lebih Cepat Dari Perancangan Awal

Di dalam satu segmen di laman sesawang TM, tertera tarikh baharu mengatakan yang kerja-kerja naik taraf akan berlaku pada 18 Julai 2018 bagi pengguna Unifi dan juga Streamyx. Pengguna Streamyx pula tertakluk dengan ketersediaan dan liputan.

Walau bagaimanapun, setelah kami pergi sendiri ke laman sesawang TM, tidak ada lagi segmen yang dilihat seperti di atas dan mungkin sudah dikeluarkan sendiri oleh pihak TM.

Apa-apa pun kita nantikan pengumuman dari TM dan berharap program naik taraf ini diawalkan dari sepatutnya.

Kemaskini: Laman verifikasi kini sudah dibuka untuk program Unifi Turbo, klik di SINI.

Sumber: Pokde.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY