TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, TM telah mengumumkan bahawa pelanggan pakej Unifi mereka akan menerima penaikkan-taraf kelajuan internet mereka sehingga 10 kali ganda lebih pantas dengan pengenalan Unifi Turbo. Perkara ini telah disahkan oleh pihak TM pada 12 Julai.

Lebih menggembirakan lagi, tiada kenaikan harga pada cas bulanan dikenakan pada peningkatan kelajuan ini. Ia bermakna, anda akan menikmati internet jalur lebar dengan kelajuan 10 kali lebih pantas dengan cas bulanan yang sedia ada.


Kredit : TM Group


Menurut TM, pengguna yang melanggan pakej pada kelajuan internet 30Mbps akan menerima peningkatan kepada 300Mbps, 50Mbps ke 500Mpbs dan pengguna internet berkelajuan 100Mbps pula akan menikmati kelajuan sehingga 800Mbps. Manakala bagi pelanggan pakej 20Mbps ke bawah, kelajuan internet mereka akan dipertingkatkan kepada 100Mbps.

Bagi pengguna Streamyx pula, anda tidak perlu risau kerana jika anda tinggal di kawasan yang menerima sambungan Unifi, internet anda juga akan dinaiktaraf ke Unifi secara percuma. Jika tidak, anda akan menerima peningkatan kelajuan dua kali ganda berbanding yang sedia ada atau ke kelajuan maksimum yang menyokong tempat tinggal anda.

Perubahan kelajuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Ogos ini dan dijangka berakhir selewat-lewatnya pada penghujung tahun hadapan. Bagi mereka yang belum melanggan sebarang pakej internet TM, daftar segera sebelum 31 Disember ini untuk menikmati peningkatan kelajuan pada tahun hadapan.

Baca juga - Unifi Basic 30Mbps Dengan Harga Langganan RM 79 Sebulan

Sumber

 

Berkaitan