Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei os

Naib Presiden Huawei Sahkan HongMeng OS Bukan Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan Julai 19, 2019 ยท Dikemas kini Julai 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Nama sistem operasi HongMengOS semakin kerap bermain dibibir pengguna sejak Mei yang lalu ketika mana Huawei dikenakan sekatan perdagangan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Terbaru, Naib Presiden syarikat, Catherine Chen menyatakan pembangunan HongMeng bukan bertujuan untuk menggantikan Android dimana ia ditujukan untuk penggunaan industri dan menawarkan latensi rendah kepada peranti IoT.

Difahamkan juga HongMengOS mempunyai barisan kod yang lebih sedikit berbanding sistem operasi mudah alih. Perkara ini didedahkan oleh Chen kepada media pada satu acara di Brussels, Belgium.

Menjelaskan tentang pemfailan tanda dagang HongMeng dibeberapa pasaran, Chen mengatakan ia adalah untuk kegunaan industri serta IoT dan mereka masih mahu meneruskan Android sebagai sistem operasi pada telefon pintar mereka.

Terdahulu, Ketua Eksekutif Huawei, Ren Zhenfei telah menjelaskan mengenai HongMeng OS yang mana pembangunan asalnya bukanlah direka untuk telefon pintar.

Sumber: XinHua via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY