Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dikatakan Mahu Mengeluarkan Telefon Boleh Lipat Pada Tahun Hadapan

Sistem Operasi Hongmeng Asalnya Bukan Direka Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan Julai 9, 2019 · Dikemas kini Julai 10, 2019 oleh ariff bukhari

“it’s not designed for phones as everyone thinks“. CEO Huawei, Ren Zhengfei.

Dalam temu ramah antara Ketua Ekskutif Huawei, Ren Zhengfei bersama dengan French publication Le Point, beliau telah mendedahkan lebih lanjut tentang status sistem operasi yang dibangunkan mereka, HongmengOS.

Jika sebelum ini telah dilaporkan bahawa sistem operasi tersebut lebih pantas dari Android dan pengaplikasiannya tidak terhad hanya untuk telefon pintar sahaja, Zhengfei turut mendedahkan bahawa HongmengOS sebenarnya bukan direka untuk digunakan pada telefon pintar.

Malah ia juga bukan direka untuk menggantikan atau menyaingi sistem operasi Android yang dimiliki Google. Sebaliknya ia pada asalnya adalah direka bagi memastikan rangkaian telekomunikasi berfungsi dengan betul.

Mengulas lanjut tentang sistem operasi tersebut, beliau menjelaskan bahawa tujuan utama pembangunan HongmengOS adalah untuk membolehkan segala-galanya bersambung dalam satu sistem pintar.

Sistem tersebut yang dilihat berpotensi untuk diaplikasikan malah ia mampu mengurangkan respon dalam rangkaian di bawah 1ms pada masa akan datang.

Dalam temu bual itu juga beliau sekali lagi memaklumkan bahawa Huawei masih mahu meneruskan kerjasama dengan pihak Google dan Microsoft. Malah mereka juga masih berharap supaya HongmengOS tidak perlu diguna bagi menggantikan Android pada telefon pintar mereka.

Ini kerana beliau menambah, bagi menghasilkan sistem seumpama Android atau iOS yang memiliki platfom Google Play Store dan Apple App Store, ia akan mengambil masa bertahun lamanya bagi membangunkan ekosistem seperti itu.

Sumber: Pocket-lint

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY