Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYSA Bangunkan Sistem Pengurusan Tanaman Padi Dan Empangan Untuk Kegunaan MADA

MYSA Bangunkan Sistem Pengurusan Tanaman Padi Dan Empangan Untuk Kegunaan MADA

Diterbitkan September 23, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) membangunkan satu sistem aplikasi iaitu Sistem Pengurusan Tanaman Padi dan Empangan untuk kegunaan pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Sistem itu dibangunkan bagi mendapatkan maklumat terperinci dan terkini keluasan guna tanah, mengurus air empangan dan mengesan awal masalah penyakit perosak yang menjejaskan hasil tanaman.

Dibantu dengan imej satelit, ia membolehkan pihak MADA mengesan perubahan lot sawah daripada padi kepada bukan padi seperti tanaman lain (sawit dan getah), bangunan, kolam ikan dan sebagainya.

Malah sistem itu turut mengaplikasikan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengemaskinian lot sawah secara automatik daripada imej satelit terkini dan imej arkib yang mempercepatkan pengesanan perubahan lot sawah kepada setiap tahun berbanding dua tahun sebelum ini.

Sistem ini akan dapat membantu pihak MADA meningkatkan kecekapan dalam merancang, mengurus dan memantau kawasan tanaman padi seluas 100,641 hektar yang memberi manfaat kepada hampir 54,000 pesawah di Kawasan Muda.

Liputan kawasan pemantauan adalah menyeluruh dan membolehkan masa penyiasatan di lapangan dikurangkan sehingga lebih 50% melalui keupayaan teknologi angkasa yang menjimatkan masa, tenaga dan kos.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY