Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(L-R) Nafees Khundker, Group Managing Director & Chief Executive Officer of Muslim Pro and Siti Zahidah, Manager, PR at Muslim Pro during the launch of Muslim Pro Ramadan Re_Charge

Muslim Pro Lancar Ramadan Re:Charge, Berpeluang Menangi Badal Umrah

Diterbitkan Februari 12, 2026 oleh ariff bukhari

Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Muslim Pro memperkenalkan Ramadan Re:Charge, inisiatif menyokong umat Islam mengekalkan amalan keimanan secara konsisten sepanjang bulan Ramadan.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada semangat ibadah yang sering mencabar untuk dikekalkan apabila berdepan tugasan kerja, keluarga dan keletihan di bulan puasa.

Ramadan Re:Charge menggabungkan alat sokongan iman, kandungan reflektif, serta pengalaman komuniti tanpa menetapkan cara tertentu.

Nafees Khundker speaking at the Muslim Pro Media Luncheon, introducing the Ramadan Re_Charge initiative for Muslim Pro users

Antara ciri utamanya ialah pengalaman Al-Quran dalam aplikasi Muslim Pro, dengan ciri seperti sasaran khatam fleksibel, bacaan audio, penanda ayat dan alat refleksi.

Qalbox turut menampilkan kandungan khas Ramadan termasuk siri mikro tempatan Light of Transit dan karya reflektif The Olive Tree That Remembered yang dibangunkan bersama Yayasan Restu.

Komuniti juga diperkaya melalui pertandingan foto global di Ummah, dengan 10 pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah Badal Umrah.

Muslim Pro dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia kekal sebagai pasaran utama dengan lebih sejuta pengguna aktif aplikasi mereka.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • "Mambang Slayer'', Animasi Terbaru Pelajar UiTM Yang Mengagumkan
  • Kakitangan Tune Talk Kini Turut Menjadi Pemegang Saham Syarikat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY