Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mambang slayer

“Mambang Slayer”, Animasi Terbaru Pelajar UiTM Yang Mengagumkan

Diterbitkan Februari 10, 2026 · Dikemas kini Februari 10, 2026 oleh ariff bukhari

Pelajar UiTM sekali lagi menampilkan karya animasi mengagumkan menerusi “Mambang Slayer”.

Selepas trelernya keluar pada Oktober 2025 lalu, kini projek animasi pendek hasil karya 4 pelajar UiTM dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi akhirnya ditayangkan.

“Mambang Slayer” mengisahkan sekumpulan pejuang Islam yang menentang Djinn atau Mambang untuk menghentikan rancangan jahat ahli sihir daripada menghantui masyarakat.

mambang slayer 1

Mungkin mengambil ilham daripada siri anime popular Jepun berjudul ”Demon Slayer”, animasi pendek berdurasi 6 minit 18 saat ini mengisahkan keberanian tiga pejuang muda Muslim dalam misi menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada makhluk jahat bernama Mambang.

Visual yang dinamik dan muzik latar yang tegang berjaya membina suasana dramatik, menjadikan penonton merasai tekanan dan bahaya yang dihadapi watak.

Dialog ringkas tetapi berkesan menonjolkan semangat juang dan pengorbanan, manakala klimaksnya memperlihatkan keberanian mereka berdepan makhluk tersebut demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut dengan menampilkan visual aksi lawan yang mengujakan.

Secara keseluruhan, “Mambang Slayer” karya Dani Uzair (ChiiDesuuu) Lutfir Aiman (Lut2ink) Shahrul Najmi (Shiroki) dan A’mru bin Zaki (Roy) membuktikan bahawa industri animasi tempatan pada masa depan akan terus diperjuangkan bakat muda animasi tempatan yang berbakat besar.

Berkaitan

  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • UiTMSAT-2 Berjaya Dilepaskan Ke Orbit Dari ISS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY