Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi musi app store_

Musi Gagal Kembali ke App Store, Hakim Sahkan Apple Boleh Buang Aplikasi Tanpa Sebab

Diterbitkan Mac 18, 2026 · Dikemas kini Mac 18, 2026 oleh Amalina Athman

Musi, aplikasi penstriman muzik percuma yang dimuat turun oleh puluhan juta pengguna iPhone, gagal dalam cubaan untuk kembali ke Apple App Store.

Menurut laporan Ars Technica, hakim persekutuan menolak saman Musi terhadap Apple dengan prejudis dan mengenakan tindakan tatatertib terhadap peguamnya kerana didapati mereka-reka fakta untuk menutup kelemahan dalam kes tersebut.

Secara ringkas, Musi merupakan aplikasi penstriman muzik yang memainkan lagu daripada YouTube, dan dialih keluar daripada App Store selepas Google mendakwa aplikasi itu melanggar terma perkhidmatan platform video mereka.

Musi, sebaliknya, menafikan dakwaan itu sejak awal, dengan alasan bahawa apa yang dilakukannya tiada beza jika pengguna mengakses YouTube secara terus.

Selepas aplikasi itu dialih keluar, Musi Inc. menyaman Apple. Salah satu hujahnya menyatakan bahawa Apple bertindak dengan niat jahat, dan dengan sengaja bergantung pada dakwaan palsu daripada Persatuan Penerbit Muzik Kebangsaan (NMPA) bahawa Musi melanggar terma YouTube melalui penggunaan API YouTube.

Kini, hakim persekutuan memutuskan bahawa Apple mempunyai hak untuk membuang aplikasi “dengan atau tanpa sebab”, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian untuk pembangun.

Berkaitan

  • Apple Music Kini Jadi Teman Meditasi & Tidur – Fungsi Baharu Yang Anda Tak Sangka
  • Tak Perlu 'Shuffle', Pengguna Percuma Spotify Kini Boleh Main Lagu Pilihan
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Spotify vs Apple Music - Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY