Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt5 pro

Mungkin Ini Spesifikasi realme GT7 Pro, Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 4

Diterbitkan Ogos 26, 2024 · Dikemas kini Ogos 26, 2024 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini, kita sudah mendengar khabar angin tentang cip andalan terbaru daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 8 Gen 4. Pada kebiasaannya, peranti pertama yang menggunakan cip baharu itu ialah Xiaomi. Namun, mungkin tahun ini skripnya berbeza.

Hal ini kerana, realme dikatakan bakal melancarkan telefon pintar berkelas andalannya sekitar Oktober tahun ini menerusi, realme GT7 Pro. Menurut pemberi maklumat terkenal, Digital Chat Station, beliau mengatakan peranti tersebut dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 4 dan dipadankan bersama memori sehingga 16GB RAM dan 1TB storan dalaman.

Baterinya pula berkapasiti 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada ia hadir dengan pengecasan tanpa wayar.

DCS realme gt7 pro

Selain itu, realme GT7 Pro dijangka menampilkan skrin dengan resolusi 1.5k yang menggunakan panel BOE X2 dan saiznya lebih kurang realme GT5 Pro — 6.78 inci.

Dari segi kamera, ia mungkin dilengkapi sensor Sony LYT-600 3x zum periskop. Kamera utamanya pula sebesar 50MP.

Lain-lain spesifikasi adalah termasuk penarafan kalis air dan debu IP68/IP69 dan juga pengimbas cap jari ultrasonik.

Buat masa sekarang, ini adalah spesifikasi yang mungkin ditawarkan pada realme GT7 Pro. Kita perlu tunggu pelancarannya kelak yang dijangka selepas Qualcomm melancarkan cip Snapdragon 8 Gen 4.

Sumber: Digital Chat Station

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • realme GT 6 Rasmi Di China, Ini Bezanya Dengan Versi Malaysia
  • realme Perkenal Teknologi 320W SuperSonic - Pengecasan Penuh Dalam 4 Minit, 30 Saat
  • Anda Kini Boleh Guna Penjana Imej AI Berkuasa Baharu Dari Google Secara Percuma
  • Kelajuan CPU Snapdragon 8 Gen 4 Mungkin Capai 4GHz

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY