Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
floating market thailand

Mulai 1 Mei, Pelancong Ke Thailand Wajib Isi Borang Digital Ini

Diterbitkan April 3, 2025 ยท Dikemas kini April 3, 2025 oleh Amalina Athman

Mulai 1 Mei 2025, semua warga asing yang memasuki Thailand melalui udara, darat atau laut diwajibkan mengisi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sebelum ketibaan.

Sistem ini menggantikan borang TM6 berasaskan kertas tradisional, dengan tujuan untuk mempercepatkan proses imigresen dan meningkatkan pengalaman perjalanan pelancong.

Menurut Biro Imigresen Thailand, pelancong boleh mengisi TDAC dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Langkah ini bagi memastikan maklumat ketibaan diproses dan disahkan dengan lancar sebelum ketibaan.

Untuk mengisi DTAC, pengguna boleh mengakses laman web Imigresen Thailand melalui tdac.immigration.go.th. Perkhidmatan TDAC adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

kad ketibaan digital thailan TDAC_1

Terdapat dua pilihan penyerahan sama ada secara individu atau berkumpulan. Antara butiran yang perlu diisi termasuk maklumat peribadi, perjalanan dan penginapan serta deklarasi kesihatan.

Untuk panduan lebih lanjut mengenai cara mengisi TDAC, anda boleh menonton video berikut yang disediakan oleh Biro Imigresen Thailand.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Sistem Imigresen Dengan Teknologi AI Dijangka Siap Pada 2028
  • Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass
  • Pelancong Ke Thailand Perlu Isi Borang 'TM6' Digital Mulai Mei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY