Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
floating market thailand

Pelancong Ke Thailand Perlu Isi Borang ‘TM6’ Digital Mulai Mei

Diterbitkan Januari 28, 2025 ยท Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh Amalina Athman

Imigresen Thailand akan menguatkuasakan sistem kad ketibaan digital bagi semua ketibaan pengunjung yang menggunakan pasport asing, bermula 1 Mei 2025.

Sebelum ini, penggunaan kad ketibaan yang dikenali borang TM6, telah digantung sementara pada 15 April 2024.

Apabila tempoh penggantungan tamat pada 30 April tahun ini, versi digital TM6 akan menggantikan borang kertas – tiada bayaran yang dikenakan.

Pelancong Ke Thailand Perlu Isi Borang ‘TM6’ Digital Mulai Mei
borang kertas TM6

Pegawai Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, Mongkon Wimonrat berkata kad ketibaan digital itu hanya terpakai kepada ketibaan asing – termasuk negara yang dikecualikan visa, serta diwajibkan untuk semua ketibaan melalui udara, darat dan laut.

Hanya pemegang pasport Thailand yang dikecualikan daripada mengisi borang TM6.

Dengan pelaksanaan borang dalam talian, ia dijangka dapat membantu mengesan pelancong semasa berada di negara itu, selain meningkatkan keyakinan keselamatan pengguna.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Pelancaran Lorong Imbasan Kod QR Di KLIA: Proses Imigresen Lebih Pantas Tanpa Kompromi Keselamatan
  • Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass
  • Rakyat Singapura, Filipina Dan Thailand Meminati Jenama Malaysia - Tinjauan

Sumber: Bangkok Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY