Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelepasan Imigresen Di CIQ BSI, KSAB Akan Guna Sistem Kod QR Mulai Jun

Pelepasan Imigresen Di CIQ BSI, KSAB Akan Guna Sistem Kod QR Mulai Jun

Diterbitkan Mei 27, 2024 ยท Dikemas kini Mei 27, 2024 oleh Amalina Athman

Sistem kaedah kod QR akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 1 Jun ini.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Jabatan Imigresen Malaysia Laksana Ambil Nombor Giliran Melalui Aplikasi Telefon Pintar, Ini Caranya
  • Lapangan Terbang Changi Kini Guna Laluan Imigresen Automatik Untuk Semua Pelawat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata fasa pertama sistem kod QR bagi pelepasan Imigresen di CIQ memfokuskan kepada penumpang bas warganegara Malaysia.

Sementara penunggang motosikal di KSAB menggunakan bukti konsep (POC) selama tempoh tiga bulan sebelum diperluaskan kepada pengguna kenderaan persendirian pada fasa kedua, rakyat Singapura (fasa ketiga) dan warganegara lain.

Dengan kod QR ini, maknanya semua rakyat Malaysia yang hendak ke Singapura kena muat turun aplikasi MySejahtera buat masa ini dan satu lagi melalui sistem MyTrip.

Mengulas lanjut, beliau berkata pelaksanaan kod QR ini akan mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas di BSI pada waktu puncak daripada 120 minit kepada 15 minit, manakala tempoh menunggu bas di KSAB pula dapat dikurangkan daripada 90 minit kepada 15 minit.

Tambahnya lagi, pengguna motosikal di BSI dan KSAB pula masing-masing dapat mengurangkan waktu menunggu daripada 40 minit kepada 30 minit.

Sumber: BERNAMA
Gambar utama: Facebook Fadillah Yusof

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY