Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Platform X Twitter

Muat Turun X Di Android Menjunam

Diterbitkan Ogos 19, 2025 oleh Amsyar Latif

X (dulu Twitter) kini berdepan kesukaran apabila muat turun aplikasi Android menjunam, sekali gus menjejaskan pendapatan langganan. Pada Julai 2025, muat turun di Google Play merosot hampir separuh berbanding tahun sebelumnya, sedangkan di iOS masih menunjukkan peningkatan.

Masalah utama datang daripada aplikasi Android yang sering bermasalah dan tidak stabil. Bagi menangani isu ini, Ketua Produk X, Nikita Bier, menubuhkan pasukan khas digelar Android Dream Team untuk membangunkan semula aplikasi tersebut.

Muat Turun X Di Android Menjunam
Foto: APPFIGURES

Kejatuhan pengguna baharu memberi kesan kepada hasil langganan, yang hanya mencatat sekitar USD16.9 juta pada Julai di mana ia lebih rendah berbanding beberapa bulan sebelumnya. Walaupun begitu, X masih banyak bergantung pada pendapatan iklan.

Dalam masa sama, persaingan semakin sengit. Threads daripada Meta kini hampir menyamai jumlah pengguna harian X, manakala aplikasi AI Grok turut mengalih sebahagian pelanggan berbayar. Tanpa pembaikan segera, X berisiko kehilangan lebih ramai pengguna kepada pesaingnya.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Threads Kini Ada Ciri DM
  • xAI Lancar Grok 4, Model AI Berkuasa Dengan Pelan Premium USD300 Sebulan

Sumber: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY