Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iklan Apple Crush iPad pro

Muat Naik Iklan Kontroversi, Apple Mohon Maaf

Diterbitkan Mei 10, 2024 · Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh Amalina Athman

Apple telah memohon maaf selepas iklan yang bertujuan untuk mempromosikan iPad Pro baharunya mengundang kritikan hebat dalam kalangan komuniti kreatif.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iPad Pro Baharu Kini Dengan Skrin OLED Dan Cip Apple M4
  • iPad Baharu Tidak Lagi Disertakan Pelekat Logo Apple

Tor Myhren, Naib Presiden Pemasaran Apple dalam kenyataannya kepada Ad Age berkata bahawa syarikat itu menghargai kreativiti dan memohon maaf kerana memuat naik iklan sedemikian.

Creativity is in our DNA at Apple, and it’s incredibly important to us to design products that empower creatives all over the world…Our goal is to always celebrate the myriad of ways users express themselves and bring their ideas to life through iPad. We missed the mark with this video, and we’re sorry.

Dalam iklan tersebut, ia menggambarkan pelbagai alatan dan objek kreatif – piano, kamera, hingga ke tin cat – yang dimusnahkan oleh mesin penghancur (industrial crusher). Ia telah mengundang kritikan pengkarya yang menganggap Apple mempromosikan “kemusnahan pengalaman manusia”.

Sementara itu, sebilangan pengguna turut berpendapat bahawa iklan “Crush” iPad Pro dilihat serupa dengan iklan LG yang disiarkan pada tahun 2008 bagi mempromosikan Renoir KC910.

iklan Apple Crush

Secara kebetulan atau tidak, Apple menggunakan konsep yang sama untuk iklan iPad Pro setelah hampir 16 tahun kemudian.

Kini, walaupun iklan itu masih tersedia dalam talian, Apple berkata bahawa ia tidak akan disiarkan di televisyen.

Sumber: Ad Age, via 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY